Zaman sekolah sudah lama berakhir.Kini,hanya memori sahaja menjadi kenangan terindah dalam hidup kita.Cerita pasal sekolah,sebenarnya banyak cerita yang ingin dikongsi,tidak kira kenangan mains dan pahit ataupun sekolah di mana tempat aku nenuntut ilmu.
Kalau di DATUK BAHAMAN,saat paling manis buat aku ialah ketika aku menguasai subjek yang paling tidak disukai oleh pelajar,sejarah.Peluang itu aku gunakan untuk aku menguasai subjek itu.Senang kata,top scorer bagi subjek tu.Walaupun aku tak berapa nak famous masa tu,tapi kelebihan itulah yang melonjakkan nama aku masa tu.Itulah saaat paling manis buat aku.
Saat paling pahit,yang aku ingat aku ni selalu kena kacau.Biasalah,aku ni agak emo sikit,beberapa kali aku kena kaunseling,sampaikan mak ayah aku datang ke sekolah kerana insiden itu.Lama kelamaan,aku dah biasa dengan keadaan di sekeliling aku.Itupun mengambil masa 3 tahun.Tempoh yang agak lama.
Sehingga ke hari ini,aku masih datang ke sekolah tu.Jumpa cikgu,kawan-kawan dan siapa-siapa yang aku kenal kat sekolah itu.Walaupun zaman persekolahan dah berakhir,tapi kenangan dan memori terhadap zaman itu tetap kekal dan akan terus dikenang sampai bila-bila.
No comments:
Post a Comment