Thursday, March 3, 2011

cerita pilihan raya

   Tahun 2011,dua buah tempat,Kerdau,Pahang dan Merlimau,Melaka bakal menghadapi pilihan raya kecil ekoran kematian penyandangnya.




    Sebelum itu,saya ingin bertanya,jikalau tempat anda diadakan pilihan raya kecil,dapatkah anda bayangkan suasana semasa pilihan raya pada ketika itu?Anda juga boleh menyedari bahawa apabila tibanya pilihan raya,anda akan menerima wang tunai,beras,ataupun mereka akan membantu golongan yang susah seperti memberi wang tunai,keperluan dapur dan sebagainya.


   Kenapa hanya bila tiba pilihan raya,perkara seperti ini akan berlaku?tidak seperti hari-hari yang lain?Jawapannya mudah,untuk meraih sokongan rakyat dan memperoleh kemenangan dengan mudah.Namun begitu,adakah kemenangan itu akan membuatkan mereka terus dipercayai?Mampukah mereka memenuhi janji yang mereka telah uar-uarkan?


  Sebenarnya untuk menjadi seorang pemimpin bukanlah pekara yang mudah.Mereka harus peka dengan masalah yang dihadapi oleh rakyat dan memastikan rakyat hidup dalam keadaan yang selesa dan harmoni.Tapi,apa yang kita lihat hari ini,rasuah,penipuan sudah menjadi kebiasaan di kalangan pemimpin di negara kita.Akibatnya rakyat menjadi kecewa dan marah apabila janji yang disampaikan oleh mereka hanyalah seperti menanam tebu di bibir.


 Konklusinya,rakyat haruslah bijak membuat pilihan yang bijak dalam memilih mana-mana pemimpin agar kebajikan rakyat sentiasa diambil berat dan pada masa yang sama dapat mengerat kerjasama antara pemimpin dengan rakyat.


  

No comments:

Post a Comment