Thursday, March 3, 2011

Hidup Di Dunia Tanpa Manusia

http://www.history.com/shows/life-after-people/videos/tallest-buildings#tallest-buildings                            Siapa yang pernah menonton LIFE AFTER PEOPLE di history cahnnel?

       Kalau ditanya siapa yang menonton,jawapannya mesti mengecewakan.Biasalah,kalau sebut perkataan sejarah ataupun history,mesti ada yang kata bosan,subjek mengantuk dan macam-macam lagi.

       Tapi cuba kita bayangkan macam mana keadaan negara ataupun dunia kita bila tiada manusia.Cuba bayangkan kalau manusia tiada di muka bumi ini selama sehari,seminggu,sebulan,setahun,sedekad,seabad atau lebih daripada 1000 tahun?

     Bagaimana pula dengan keadaan bandar-bandar besar di negar kita seperti Kuala Lumpur?Satu contoh,jika manusia tiada di bumi ini selama lebih daripada 500 tahun,pasti Bandaraya Kuala Lumpur akan menjadi hutan semula.Ditumbuhi tumbuh-tumbuhan hijau,dan mercu tanda negara kita,Menara Berkembar Petronas,pasti akan dilingkari tumbuhan menjalar ataupun rebah ke bumi dan terus lenyap begitu sahaja.

    Sebenarnya,kita lebih mengetahui yang dunia kita akan hancur pada hari kiamat oleh ALLAH SWT.Hari Kiamat akan muncul pada suatu hari nanti.Namun ,saya di sini hanya untuk berkongsi cerita dan menyampaikan sesuatu yang boleh membuka pemikiran kita.Harap-harap anda semua dapat menerima apa yang saya cuba kongsikan.Sekian....

No comments:

Post a Comment