Thursday, January 27, 2011

saat di SEPTECHS

    Dua tahun ,aku menimba ilmu di SMT Sepang (SEPTECHS),Selangor.Walaupun jauh dari keluarga,tapi aku beras seronok kerana aku dapat membiasakan diri aku berjauhan dengan orang yang aku sayangi,mendidik diri aku supaya hidup berdikari dan menjalinkan hubungan persahabatan dengan orang baru di sekolah itu.


  Dalam hidup aku,pasti ada pengalaman manis dan pahit telah aku tempuhi.Pengalaman manis yang telah aku lalui ketika aku menjadi pengawas di sekolah itu.Jawatan itu sudah sebati dengan hidup aku.Aku gembira menjalankan tugas aku di sana.Banyak pekara baru yang telah aku pelajari.semasa memegang jawatan itu.Selain itu,aku juga dapat mewakili sekolah dalam permainan yang aku gemari,petanque.Buat pertama kalinya aku bertanding dalam peringkat negeri di Kuala Selangor.Perasaan seronok memuncak di hati aku walaupun tewas.Yang penting,tertunailah hasrat aku untuk mewakili sekolah dalam permainan itu.


  Pengalaman pahit aku di SEPTECHS,paling aku ingati,aku dan rakan pengawas aku dimalukan oleh warden asrama.Sebabnya,kumpulan pengawas kami lambat bertindak.Bila berkumpul,adalah yang hilang,adalah yang tiada di situ sampai warden hilang sabar dan terus naik angin.Lantas,dia suruh kami semua peluk tiang sambil disaksikan oleh pelajar -pelajar lain.Apalgi,ada yang tengok gelagat kami di koridor asrama.Ada jugak yang berasa puas hati bila tengok pengawas kena denda.Biasalah,lumrah alam persekolahan.Kami tak rasa apa-apa pun.Malu,segan,perasaan itu tiada.Kami buat bodoh sahaja.Tapi bagi aku,itulah pengalaman paling pahit bila berada di SEPTECHS.


  Sehingga kini,aku masih merindui saat bila berada di sekolah itu.Adakah generasi seterusnya akan terus membawa tradisi hidup di SEPTECHS ataupun sebaliknya.Tapi aku berharap,sekolah itu akan terus menjadi sekolah teknik yang terbaik dan melahirkan pelajar yang bersahsiah tinggi dan cemerlang dalam akademik dan kokurikulum.

1 comment: